Friday, December 26, 2008

suku kaum Lundayeh (Etnik bangsa Malaysia)

Suku kaum Lundayeh

Hari ini saya ingin bercakap mengenai bangsa lundayeh yang baru sahaja saya kenali pada tahun ini. Bangsa lundayeh ni sangat unik dan istimewa. Nama lain bagi lundayeh ialah lunbawang untuk bahagian Sarawak. Di sabah bangsa ni terdapat di Long pasia,sipitang,tenom dan keningau. Ciri- ciri bangsa ni orangnya putih,cantik dan rendah. Sebenarnya banyak lagi ciri dan keistimewaan bangsa lundayeh ni dan akan saya kongsikan bersama anda suatu hari nanti.

Apa yang saya ingin kongsikan hari ini adala bahasa pertuturan bangsa lundayeh, di mana saya sedang mempelajarinya dari seorang kawan saya yang baru juga saya kenali, dia mengajar saya beberapa bahasa percakapan asas seperti:

do fakak = selamat pagi,

uie baru kulat ni = saya baru bangun ni,

uie pugeh ju la = saya sudah mandi lah,

anun pian mu? = awak nak/mahu apa?

Tuda ula muyuh dinganak/kinanak? = berapa orang adik beradik?

Ko luk ketuda? = awak anak keberapa?

Uie rudup lu = sya tidor dulu

Do malam = selamat malam

Anun ruenmu? = awak tengah buat apa?

Mudan ka dei? = di sana hujan ka?

Setakat ini sahaja hari ini nanti kita belajar lagi bahasa lundayeh ni ;p

Tuesday, December 16, 2008

Permata hati


(p/s : sumber dari penulis blog,buku dan pakar motivasi terkenal, Osman Affan)

“ Mulakan hari anda dengan bersyukur dan anda akan lihat semua perkara yang membuat Anda bersyukur datang kepada anda sepanjang hari “

“ you are what you think about, you attract to what you think about “

“ jika anda mulakan hari ini dengan fikiran dan perasaan marah, anda akan jumpa semua perkara yang membuat anda marah sepanjang hari “

Ketiga- tiga kata-kata hikmah di atas penuh dengan isi tersurat dan tersirat yang amat bermakna dalam hidup kita seharian. Saya memilih kata hikmah tersebut pada hari ini kerana untuk menjamin sepanjang perjalanan hari-hari anda berasa seronok dan melaluinya dengan hati terbuka.

“Hari ini, senaraikan semua perkara yang membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dalam berfikir dan bersyukur kerana apa sahaja dalam hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dalam hati anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda rasa gembira dan bersemangat.

Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini dan rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum dan rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yang sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!”

Monday, December 15, 2008

Luahan hati (racun duri bunga cinta lwn racun rumput susah hati)


( P/S AWAS!!! Coretan ini hanya kepada sesiapa yang mempunyai penerimaan pemikiran yang tinggi dan berpikir +ve sahaja)

“Pernahkah kamu merasa diri ini bodoh kerana mencintai seseorang?”

“Pernahkah kamu menitiskan airmata kerana mencintai seseorang?”

“Pernahkah kamu sengaja menyakitkan hati,perasaan dan fizikal kamu hanya kerana mencintai seseorang?”

Dari dahulu sampai sekarang cinta datang dan pergi, kenangan pahit dan manis datang berganti, tapi hatiku terlalu lembut membiarkan ia datang dan pergi sesuka hati. Hati sekeras mana pun pasti lemah dengan tusukan duri bunga cinta yang racunnya telah melumpuhkan tubuhku. Apakah ubatnya? Di manakah penawarnya?

Bermacam jenis ubatku telan, ada yang bertahan selama 2tahun dan itulah ubat yang paling lama dapat mengekang racun di tubuhku ini. Dan pernah juga aku menelan beberapa ubat tapi kesanya jauh dari yang ku harapkan. Kini racun itu menular ke otakku, terasa setiap bait otakku yang dilalui amat pedih dan sengsara. Adakah penawar mengubati racun duri bunga cinta ini?

Pernah satu malam aku bermimpi, penawar kepada racun adalah racun. Racun rumput susah hati adalah penawarnya. Tapi di manakah aku boleh memperolehiya. Bertahun aku mencari hinggalah aku tiba di sebuah hutan bunga raya dan menemui rumput susah hati, akan tetapi aku tak mengetahui kebenaranya mimpiku tadi. Betulkah rumput susah hati ini mampu menjadi penawar racun duri bunga cinta?

Rumput susah hati ku telan dan saatku telan ku rasakan jiwaku berkobar-kobar. Semangatku kembali pulih dan otakku rasa seperti bebas kembali tetapi racun duri bunga cinta masih berada di badan ku dan masih belum dapat di nyahkan oleh racun rumput susah hati. Setelah berminggu racun rumput susah hati mula menunjukkan kesan, sakitnya menentang racun duri bunga cinta menyebabkan aku lumpuh semula, adakah racun rumput susah hati penawarnya? Aku lumpuh semula menahan derita yang lebih pedih berbanding racun duri bunga cinta. Tapi aku merasakan kedua racun ini bersaing ditubuhku untuk menjadi pemerintah di badanku.

Sekarang aku masih menahan derita kedua racun di badanku. Aku tidak pasti bilakah iya akan berakhir.

Racun duri bunga cinta di tentang racun rumput susah hati di tubuhku. Doktor telah mengesyorkan beberapa ubat ku telan bagi menahan penderitaan yang ku alami, buat masa sekarang ni terdapat dua ubat ku telan bagi menahan penderitaan kedua racun di tubuhku dan mungkin selepas ini aku perlu menambah jenis ubat lagi kerana pedihya kadang aku tak tertahan penderitaanya. Bersambung…….